Wednesday 21 September 2011

Petua dapatkan tidur nyenyak sepanjang malam

SUSAH tiba masanya untuk tidur lena sepanjang malam! Sepatutnya kita menghabiskan sepertiga daripada kehidupan dengan dibuai mimpi, namun realitinya jauh berbeza. Dua jam dihabiskan untuk cuba tidur, tiga jam bangun tidur dan jika bernasib baik, kita dapat melelapkan mata selama tiga jam, itu pun tidur yang tidak begitu nyenyak.
Kita harus sedar betapa pentingnya tidur malam yang sempurna. Tidur yang berkualiti meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi seseorang serta menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan berkualiti. Tidak hairanlah pemerintah kuku besi di seluruh dunia suka mendera mangsa dengan menghalang mereka daripada tidur. Namun bagi kebanyakan kita, tidur nyenyak tidak begitu penting, malah meletakkannya hampir di tempat paling corot dalam senarai keutamaan dalam hidup.
Sebenarnya, dengan membuat sedikit perubahan kepada amalan harian dan pelaburan kecil boleh meningkatkan kesejahteraan, bukan saja untuk diri kita, tetapi juga semua orang di sekeliling kita. Tidak percaya? Cubalah beberapa petua yang diberikan selama seminggu dan alami perbezaannya.
Berikut beberapa petua untuk tidur lena sepanjang malam

Persekitaran tidur

  • Bilik tidur mestilah menjadi tempat anda beristirahat dan terpisah daripada dunia luar. Tidak kira bagaimana anda menghiasinya, bilik tidur haruslah sesuatu ruang serba santai dalam dunia masa kini yang sibuk; dunia yang mengasingkan anda daripada kehidupan moden penuh dengan tekanan dan membolehkan anda melelapkan mata sepanjang malam. Maka tumpuan harus diberikan kepada soal istirahat, santai, tidur dan suasana intim.

  • Pilih warna dan reka bentuk yang serasi dan selesa, yang tidak memenatkan mata. Pastikan perhiasannya ringkas saja dan segala serba-serbi dikurangkan.

  • Malapkan cahaya luar menggunakan langsir atau tirai yang tebal. Lebih gelap bilik, lebih baik. Elakkan lampu kalimantang yang menyilaukan mata. Lampu tepi katil hendaklah lembut dan mencetus suasana yang menenangkan, dan anda tidak sepatutnya berjalan merentasi bilik tidur untuk memadamkan lampu, dan kemudian kembali ke katil dalam keadaan gelap!

  • Suhu yang konsisten juga sangat penting, cuba pasang penyaman udara sekurang-kurangnya sejam sebelum anda tidur. Ini membolehkan suhu stabil pada kelajuan kipas minimum. Bunyi bising penyaman udara, ditambah pula keadaan anda yang asyik berpusing ke kiri dan kanan menunggu suhu dingin menyebabkan anda tidak dapat melelapkan mata dengan selesa.Jika anda harus menetapkan keutamaan, pastikan penyaman udara di bilik tidur dijadikan perkara paling penting. Anda pasti gembira dan selesa kerana membuat keputusan ini. Adalah lebih baik jika anda tidak meletakkan televisyen atau peranti seperti Nintendo atau Playstation di dalam bilik tidur. Alat sebegini merangsang kegiatan otak dan meningkatkan kadar denyutan, dua perkara yang harus dielakkan sebelum tidur.
    Telefon mudah alih pula tidak digalakkan dipasang dalam bilik, kerana nada dering yang paling lemah sekalipun boleh mengganggu ketenangan pada jam dua pagi! Begitupun, mendengar muzik ringan dan membaca digalakkan.
    Anda perlu mencetus suasana yang membuatkan anda merasa bahawa memasuki bilik tidur adalah sebahagian daripada persediaan untuk bersantai dan tidur.
    Seperkara lagi ialah segala kaitan dengan tempat kerja harus ditinggalkan di luar bilik tidur. Pernahkah anda menghabiskan waktu malam menulis senarai ‘perkara perlu dilakukan’ (yang kemudian hilang pada keesokan paginya), atau terjaga di tengah malam dengan rasa tertekan kerana terlupa melakukan satu perkara penting pada siang hari? Sebelum anda masuk ke bilik tidur, tulis segala perkara ini dalam buku nota, lapangkan fikiran dan nikmati tidur yang bebas dari sebarang tekanan.

    Senaman dan pemakanan
    Senaman dan tidur nyenyak memang berkait rapat. Endorfin yang dibebaskan selepas senaman menggalakkan rasa sejahtera dan ini mengurangkan tekanan dan membolehkan anda tenang.
    Senaman ringan, malah berjalan cergas, diikuti oleh mandian air panas adalah permulaan yang baik untuk tidur lena. Bagaimanapun, anda perlu memperuntukkan selang masa tiga jam antara senaman dan tidur untuk membolehkan badan anda bertenang dan menstabilkan kadar jantung dan suhu badan.
    Yoga dan senaman tidak membebankan lain yang mencetuskan kesejahteraan minda dan emosi juga banyak membawa manfaat.
    Pernahkah anda sukar melelapkan mata kerana perut pasangan mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan atau anda sendiri terasa senak perut selepas makan pada lewat malam? Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur kerana ini akan menyebabkan masalah penghadaman dan mengganggu kitaran tidur biasa anda. Cuba berikan selang masa sekurang-kurangnya dua jam antara makan dan tidur.
    Alkohol dan tidur memang tidak serasi. Walaupun alkohol pada mulanya menyebabkan anda melelapkan mata, tidur yang diperoleh kurang lena dan terganggu. Alkohol meningkatkan suhu badan dan menyebabkan penyahidratan, dan dua faktor ini mengakibatkan seseorang sukar tidur dengan sempurna.
    Sebelum tidur, minuman segelas air kosong tetapi jangan minum terlalu banyak air kerana anda akan kerap pergi ke bilik air. Secawan susu suam, yang mengandungi asid amino penggalak tidur, mungkin alternatif yang lebih berkesan.

    Pilih katil yang sesuai
    Sudah tentulah perkakas paling utama dalam mana-mana bilik tidur, yang akan membolehkan anda tidur nyenyak ialah katil dan tilam. Ada pelbagai pilihan di pasaran, dengan segala jenis teknologi, setiap satunya bersaing untuk menawan cita rasa dan juga dompet anda.
    Keselesaan dan sokongan badan adalah faktor paling penting apabila memilih tilam yang sesuai. Di Courts, kami menawarkan pilihan tilam yang luas, termasuk Silentnight, StyleMaster, Slumberland, Vono, King Koil dan Dunlopillo.
    Namun, lebih keras tidak semestinya lebih baik. Bentuk badan unik anda menentukan kesesuaian dan jenis tilam, kerana keselesaan ialah pilihan peribadi. Anda hendaklah membuat pilihan membeli katil baru bersama pasangan anda. Saiz, berat dan gaya hidup si dia memberi kesan kepada corak tidur anda dan tilam yang dipilih mestilah sesuai dengan keperluan anda berdua, sebagai individu dan juga pasangan. Sebagai contoh, jika anda dan pasangan mempunyai saiz dan berat yang sama, anda boleh mempertimbangkan Tilam Spring Chirocare.
    Sebaliknya jika saiz dan berat anda dan pasangan berbeza dengan ketara, Tilam Berongga Silentnight Royale menjadi pilihan yang lebih baik.
    Luangkan masa untuk membeli katil mengikut kemampuan anda dan cuba beberapa katil yang melebihi jumlah yang diperuntukkan. Anda akan mendapati adanya hubungan langsung antara keselesaan dan harga.
    Dalam hal katil, pada amnya kualiti yang anda peroleh berkait rapat dengan harga yang anda bayar. Kebelakangan ini, ada semakin banyak tilam yang memberi tumpuan kepada penjagaan belakang seperti rangkaian Sokongan Belakang StyleMaster, yang dijual secara eksklusif di Courts. Tilam ini terbukti agak popular di kalangan pengguna.
    Peruntukkan masa sekurang-kurangnya sehari untuk memilih katil anda. Janganlah sampai anda menyesal setiap malam kerana tersalah beli. Pilih gedung yang bereputasi, terkenal dan saiz rangkaiannya memberikan anda pilihan lebih luas dan harga lebih rendah.
    Cuba beberapa jenama di bawah satu bumbung, anda perlu beralih dari satu katil ke katil lain sehingga anda menemui katil yang sempurna. Membuat pemilihan sebegini di lebih daripada satu lokasi adalah mustahil. Dapatkan nasihat yang betul untuk anda dan pasangan anda.
    Jangan terkeliru dengan pelbagai teknologi spring dan sejarah pengeluaran (contoh ‘Sejak 85’ atau Mohor Diraja). Tanya bagaimana teknologi ini memberi manfaat kepada anda dan membolehkan anda tidur lena.
    Anda seharusnya mendapatkan katil yang paling selesa yang anda mampu. Jangan dengar bulat-bulat pendapat jurujual. Keselesaan orang lain tidak boleh dijadikan kayu pengukur. Penuhi keperluan badan anda sendiri.
    Penjelasan berikut akan membantu anda memahami beberapa istilah asas:

    Tilam Busa
    Tilam termampu yang berharga berpatutan, tetapi kurang selesa dan boleh mencederakan belakang jika digunakan dalam jangka panjang. Tilam jenis ini memerangkap haba, justeru tidak selesa dan tidak bersih. Jika anda seorang dewasa, sudah tiba masanya untuk mendapatkan tilam yang lebih baik!

    Tilam Spring
    Paling banyak didapati di pasaran dengan spesifikasi dan tahap keselesaan yang amat berbeza, bergantung kepada harga. Jauh lebih selesa daripada tilam busa, lebih dingin dan bersih kerana terdapat aliran udara secukupnya. Ada dua pilihan umum:

    Spring Dalaman
    Sepatutnya menjadi piawaian minimum di semua rumah. Lingkaran spring dengan jejaring yang menghubungkan spring antara satu sama lain untuk menstabilkan tilam. Umumnya lebih banyak spring, lebih baik sokongan yang diberikan.
    Namun, kualiti spring adalah berlainan dan tahap keselesaan keseluruhan bergantung kepada pelbagai ciri berbeza. Jangan lupa, baring di atas katil dan ikut kehendak badan anda!
    Tilam Spring Dalam yang disyorkan: Vono – Back Care (eksklusif di Courts), Silentnight – Back Support dan King Koil – Moonlight

    Spring Berongga
    Bermutu lebih tinggi daripada tilam Spring Dalaman dan memang menjamin nilai pelaburan anda. Disyorkan terutama bagi mereka yang terganggu oleh pergerakan pasangan pada waktu malam, lebih-lebih lagi jika saiz dan berat anda berbeza.
    Setiap spring terpisah dan berfungsi secara berasingan, justeru ia tidak ‘bergerak bersama’ atau ‘melantun’ apabila pasangan anda bergerak. Spring Berongga juga memberikan sokongan sewajarnya untuk bahagian badan yang berlainan, iaitu sokongan lebih kuat pada bahagian dada dan bahu, dan sedikit bagi lutut dan buku lali.
    Tilam Spring Berongga yang disyorkan: Silentnight – Prestige atau Silentnight – Camille.
    Kesimpulannya, lena tidur bergantung kepada beberapa faktor. Manfaatkanlah petua yang diberikan dalam rencana ini untuk tidur lebih lena.
    Semoga anda dibuai mimpi yang indah!